siape COMEL ikot sini tau..

Tuesday, August 25, 2015

Tips Membeli Blouse Murah Mengikut Saiz Badan

Assalamualaikum :)

Ini kalilah nak share sket tips tuk korang kalo nak membeli blouse murah dan mengikut saiz badan korang. Haaa..macam best kan? kan?..sebab aku sendirik pon kalo nak membeli blouse mesti kalau boleh nak sesuai ngan badan..so barulah sedap dipakai..ye tak??
kalo membeli secara terus..maksudnya korang pegi ke shopping mall atau kedai pakaian..korang pilih-pilih blouse mane yang berkenan terus boleh cuba kat kedai tersebut..tapi kali ini nak share tips macam mane korang boleh membeli blouse secara ONLINE dan mengikut citarasa badan korang dan yang paling best korang boleh beli ngan harga MURAH..hahahaa..bestt kan??!


wokehh..meh skodeng sini…:p


Tips Membeli Blouse Murah Mengikut Saiz Badan

Blouse boleh dikategorikan sebagai salah satu jenis pakaian wanita yang versatile iaitu ianya sesuai digayakan ke mana sahaja baik sebagai pakaian kasual serta juga boleh digayakan untuk menghadiri majlis formal. Sekiranya korang ingin kelihatan kasual dan santai, blouse boleh digayakan dengan slack atau jeans. Jika mahu kelihatan formal, blouse boleh digayakan dengan kot, slack serta skirt labuh. Pendek kata, pemakaian blouse merupakan langkah selamat untuk tampil menawan, selesa dan santai. 
Namun awasss…! perlu diingatkan bahawa pemilihan potongan atau rekaan blouse haruslah bersesuaian dengan saiz badan korang. Dengan kata lain, untuk memastikan penampilan yang sempurna, korang haruslah memakai jenis blouse yang tampak sepadan dengan bentuk badan masing-masing.


Contoh 1 : Bagi potongan badan yang tinggi dan langsing



Jika korang mempunyai potongan badan yang tinggi dan langsing, rekaan peplum blouse seperti berikut merupakan jenis blouse yang paling bersesuaian dan mampu menyerlahkan lagi penampilan korang. Badan yang tinggi dan langsing akan menampakkan korang lebih seimbang dengan memakai blouse jenis peplum.


Contoh 2 : Bagi potongan badan yang bersaiz petite atau kecil molek



Jika bentuk badan korang bersaiz petite atau kecil molek, cuba jauhkan dari memakai blouse jenis rekaan peplum kerana ianya akan menyebabkan potongan badan korang akan kelihatan lebih kecil dan rendah. Oleh itu, bagi yang mempunyai badan jenis petite atau kecil ini, korang amat sesuai mengayakan blouse dengan potongan seakan kemeja seperti berikut.


Contoh 3 : Bagi potongan badan yang sedikit berisi / berisi



Dan bagi korang yang mempunyai bentuk badan sedikit berisi, korang boleh tampil bergaya dan selesa dengan koleksi blouse yang berpotongan loose seperti berikut. Ia sesuai untuk di padankan dengan skirts labuh dengan potongan “duyung” akan menampakkan badan korang kelihatan langsing. Ataupun korang boleh menggayakan blouse loose tersebut dengan jeans kegemaran untuk tampil lebih santai.


Untuk koleksi blouse murah online yang berpadanan dengan saiz dan potongan badan anda, semuanya kini boleh anda miliki di laman web ZALORA Malaysia dengan tawaran harga yang cukup menakjubkan.


jadik...korang tunggu apa lagi..jomss terjah sekaranggg..!




Selamat membeli-belah!


No comments:

Post a Comment